"Selenium (Se)" mineral kecil tetapi mempunyai jutaan manfaat kepada badan~
- Selenium (Se) merupakan mineral yang penting untuk kesihatan yang baik tetapi hanya diperlukan dalam jumlah yang kecil.
- Walaupun pengambilan Se dalam jumlah yang sedikit, selenium dapat memberikan jutaan manfaat di dalam badan kerana ia memiliki peranan penting di dalam sistem biologi tubuh kita.
- Bila Se diambil bersama vitamin E, selenium boleh menghasilkan kesan sinergi sebagai antioksidan yang fungsinya adalah untuk melambatkan pengoksidaan asid lemak tak tepu sehingga dapat mengatasi bahaya radikal bebas (terutama yang disebabkan oleh sinaran matahari dan asap rokok).
- Selenium juga diperlukan untuk proses reproduktif, menjaga kesehatan otak, mengukuhkan sistem imun dan fungsi kelenjar tiroid serta memperbaiki mood.
- Selain itu, Se berperanan dalam mengawal mood kerana ia salah satu mineral yang berperanan mengawal keadaan otak seperti dalam sebuah penelitian yang dilakukan oleh Wayne Chris Hawkesa dalam satu laporannya yang di terbitkan pada bulan Januari 1996.
- Dalam laporan tersebut menunjukkan bahawa kekurangan selenium menyebabkan timbulnya perasaan bosan.
- Se juga dapat mencegah penyakit jantung dan kanser seperti di dalam jurnal American Association for Cancer Research (2008) yang ditulis oleh Margaret Karagas dari Cancer Preventation Research.
credit to: Arya Ningtyas-kesehatan.kompasiana.com
sitti hadijah
0138842821
1094505

No comments:
Post a Comment